Permohonan Kemasukan Kolej Vokasional (KV) Dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) Januari 2018 Online.

Perhatian buat pelajar PT3 tahun 2017 yang berminat untuk melanjutkan pelajaran dalam Bidang Vokasional, Aliran Teknikal dan Program Kemahiran. Dikongsikan dari Portal rasmi KPM dimaklumkan bahawa permohonan online kemasukan ke Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) Ambilan Januari 2018 untuk pelajar Tingkatan 3 tahun 2017 akan di buka pada 19 Oktober 2017. 

Tarikh tutup permohonan adalah pada 20 Disember 2017, jam 11.59 malam.