Kolej  Vokasional Tanah Merah pada mulanya dikenali sebagai Sekolah Menengah Vokasional Tanah Merah telah dimulakan pembinaannya pada Februari 1979 di atas tanah seluas 68, 649 ekar (27.78) hektar. Pembinaan sekolah ini siap sepenuhnya pada 13 Jun 1989 dan diserahkan kepada Kementerian Pendidikan secara
rasminya dengan nama Sekolah Vokasional Tanah Merah (SMVTM).  Lencana sekolah yang pertama direkacipta untuk  memberi identiti  kepada SMVTM. En. Jaafar Bin Abdul Rahman merupakan orang pertama diberi tanggunjawab menguruskan sekolah ini sebagai Pemangku Pengetua. Beliau mendapat khidmat dua orang Pembantu Tadbir iaitu Pn. Zakiah Binti Zakaria dan Pn. Radziah Binti Ismail.

KRONOLOGI PERKEMBANGAN SEKOLAH DAN SETERUSNYA KEPADA KOLEJ

1 OGOS 1989 : 4 orang guru kumpulan pertama telah melapor diri
1 DISEMBER 1989 : 26 orang guru melapor diri untuk kumpulan kedua
2 DISEMBER 1989 : Tn. Hj. Azmin b. Awang melapor diri sebagai Pengetua SMVTM pertama
  : En. Jaafar b. Abdul Rahman telah menjawat jawatan sebagai Penolong Kanan 1
16 JANUARI 1990 : Seramai 263 pelajar kumpulan pertama melapor diri
  : 200 pelajar tinggal di asrama dibawah pengawasan ketua warden yang pertama En. Wan  Hassan b. Wan Dollah, dibantu oleh 2 orang warden asrama putera dan 2 orang warden asrama puteri serta 5 orang pembantu warden
NOVEMBER 1991 : Kumpulan pertama menduduki SPM/SPMV
  : Seramai 194 orang telah lulus (73.78%) serta mendapat pangkat 1,2 dan 3
JANUARI 1997 : Sekolah ini dinaik taraf menjadi Sekolah Menengah Teknik Tanah Merah
17 FEBRUARI 1997

: Memulakan pengambilan pertama aliran teknik

: Lencana baru SMTTM juga diperkenalkan dan lagu baharu diperdengarkan buat pertama kali semasa perhimpunan

JANUARI 2009 : Sekolah ini menukarkan nama sebagai Sekolah Menengah Vokasional Tanah Merah kerana  Sekolah Menengah Teknik kekal sebanyak 11 buah sahaja di seluruh Malaysia
: menjadi tahun terakhir mengambilan pelajar aliran teknik
JANUARI 2013 : Transformasi pendidikan yang lebih baik kepada Sekolah Menengah Vokasional diseluruh  Malaysia telah diperkenalkan sejajar dengan kehendak semasa menaiktaraf status dari sebuah kolej menggunakan nama baru iaitu Kolej Vokasional Tanah Merah
: Pelajar Aliran kemahiran masih ada dan mereka diperkenalkan dengan SPAK dan diwajibkan juga mengambil SPM
21 JANUARI 2013

: Pengambilan pertama pelajar tahun 1 KVTM dan bermulanya semester 1 bagi sesi penga pertama di Kolej Vokasional Tanah Merah
: Lencana dan lagu sekolah telah ditukar dan diperkenalkan semasa perhimpunan bagi  permulaan semester 1
: Struktur Organisasi Pengurusan diubah dan dikenali sebagai G 13
: sehingga kini KOLEJ VOKASIONAL TANAH MERAH terus mengorak langkah dan melakar  begitu banyak kejayaan dibawah pentadbiran Tn. Hj. Alwi Bin Mohd Ali