Meja Pengarah

  • Print

 

Alhamdulillah, saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T atas segala nikmat yang diberikan oleh Nya memberi kesempatan dan ruang ini untuk mencoret sepatah dua kata di laman ini. Sesungguhnya ruangan ini disediakan begitu banyak manfaatnya dalam menghadapi dunia serba moden dan canggih. Harapan saya untuk tahun 2018 ini semua pihak dapat melaksanakan tanggungjawab sepanjang 2018 sekaligus dapat menjayakan visi dan misi Kolej Vokasional Tanah Merah dan TVET.

TVET memainkan peranan penting dalam menggalakkan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Menyumbang kepada pengurangan kemiskinan serta memastikan peningkatan dalam sosial dan ekonomi masyarakat yang terpinggir. Pelajar tercicir juga merupakan sumber tenaga kerja yang besar dan berpotensi setelah mendapat latihan kemahiran. Justeru Kolej Vokasional sebagai sebuah institusi latihan bertanggungjawab melahirkan tenaga kerja di pasaran teknikal.

Setiap program dan aktiviti semua bahagian atau unit yang diadakan sepanjang tahun perlulah didokumentasikan untuk dijadikan rujukan dan panduan bagi memudahkan proses pemantuan dari masa ke semasa. Di samping itu kita juga boleh menyemak kembali setiap program yang telah dilaksanakan serta merancang strategi kearah kecemerlangan kolej.

Akhir kata marilah kita sama-sama berganding bahu serta bekerja sebagai satu pasukan yang mantap untuk melahirkan satu generasi pelajar yang berkualiti serta dapat menjana kegemilangan Kolej Vokasional Tanah Merah. Pihak kami sedia menerima pandangan yang membina serta idea bernas untuk kita kongsi bersama bagi kejayaan kolej yang kita cintai ini

sekian terima kasih.

MEREALISASIKAN KOMPETENSI KERJAYA

EN. WAN ATTHANORHAN BIN WAN AFTULUDDIN
PENGARAH,
KOLEJ VOKASIONAL TANAH MERAH